اهلا وسهلا

Tuesday, July 2, 2013

Ahmad Naufal-CicitTokSeridik-Naib Johan MTQ tilawah SK peringkat kebangsaan 2013

Malam yang penuh bersejarah...kenangan manis sepanjang hayat....Adik Ahmad Naufal yang berusia 11 tahun masih di darjah lima telah mengharumkan nama di bidang tilawah Al Quran...Walaupun mendapat naib johan pada tahun ini, perjuangan akan diteruskan pada tahun hadapan insya Allah...untuk meraih kemenangan dan kejayaan yang lebih cemerlang.
 Pentas Utama MTQ peringkat kebangsaan 2013 di SMKA Kuala Lumpur
 Ahmad Naufal sempat menjeling di celah2 peserta yang sedang menanti untuk menerima hadiah...
 Ucapan Perasmian Penutup MTQ Kebangsaan oleh KPPM Tan Sri Abd Ghafur Mahmud
 Ahmad Naufal berdebar sedang menanti pengumuman keputusan MTQ keseluruhan...
 Ahmad Naufal Melangkah di pentas utama untuk menerima hadiah NAib Johan tilawah...
 Ahmad Naufal sedang menerima hadiah...
 Ahmad Naufal...
 Johan - wakil perak..
Para Pengiring ...
 Para penyokong ...
 Para penyokong setia ...
Ahmad Naufal diapit 2 org sifunya...Abah dan Ustaz Fauzi...

Saturday, September 15, 2012

Wacana Ilmu : Jati Diri Pelajar Muslim

Jati Diri Pelajar Muslim adalah salah tajuk ceramah di program kem pengukuhan Akidah dan Sahsiah murid sekolah menengah peringkat PPD Bachok tahun 2012.Program tersebut diadakan selama 2 hari bermula 14 sehingga 15 Sept 2012.Program tersebut diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok.
Pelajar muslim kini ramai terlibat dengan gejala sosial seperti merokok, mencuri, menagih dadah, berzina, buli, vandalisme dan sebagainya.Pelajar muslim kini mesti menguatkan diri dengan iman dan islam.Iman adalah benteng yang kukuh bagi menghadapi segala bentuk cabaran masakini.Tanpa iman di dada ibarat diri tanpa antibodi yang mampu menangkis segala serangan virus yang membahayakan kesihatan diri seseorang.Tahniah kepada peserta yang terpilih sebagai peserta kerana pengisian sebegini sukar diperolehi, apatah lagi untuk kita mengharapkan para pelajar ini mencari program sebegini sudah tentu amat jauh sekali, Mereka lebih suka mencari program-program lain yang lebih menyeronokkan mereka.Sekarang ini juga berleluasanya aktiviti berjudi yang dikenali dengan judi buyung.Ini berlaku dikalangan pelajar muslim.Sepatutnya ibubapa mesti lebih peka terhadap segala aktiviti anak-anak remaja mereka kerana merekalah yang akan menggantikan tempat orang dewasa pada masa hadapan, orang dewasa pasti akan pergi...

Saturday, June 2, 2012

Ulamak atau Ular dalam semak...

Saya melihat sekarang ramai ustaz ustazah yang pandai bercakap dan berpidato tentang agama.Boleh bercakap di udara melalui radio, TV dan sebagainya.Keluar majalah dan sebagainya.Baguslah...namun ada sebahagiannya berlagak alim kononnya lebih alim daripada para ulamak silam seperti Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Ghazali, Imam Nawawi dan ramai lagi tokoh ilmuan silam yang hebat.Mengapa saya katakan begitu, jawapannya sebab mereka sanggup menuduh ulamak dulu tak betul, dia yang lebih betul, walhal dia sendiri ceduk ilmu itu dari ulamak silam yang dia tuduh tak betul.Fenomena ini berlaku sekarang menular dikalangan masyarakat yang cintakan Islam.Ada dikalangan mereka yang celaru dalam soal amal ibadat.Banyak dipersoalkan tentang masalah khilafiyyah dalam solat.Ada dikalangan mereka mula bertengkar dalam soal fekah ibadat.Satu kumpulan kata cara ibadat awak salah, cara ibadat saya betul...begitulah seterusnya.Saya sedih umat Islam mula berbalah dan berpecah dengan perkara khilafiyyah.Siapa yang menjadi punca perbalahan ini? Para ustaz yang muncul sekarang ini yang berlagak alim mengeluarkan pendapatnya tentang fekah dan mendakwa pendapat dialah yang paling betul.Pendapat mereka ini mudah diambil melalui internet...Saya pun tak faham apa yang mereka mahu.Mungkin ustaz sebegini mahu glamour dan terkenal dengan pendapat yang kononnya hebat.Ulamak sebenar tak perlu keluar pendapat yang pelik-pelik atau buat perkara pelik-pelik untuk popular.Ulamak sebenar akan jadi popular dengan sendirinya tak perlu buat kerja pelik-pelik.Betullah pepatah Arab ada kata : خالف تعرف Buatlah perkara yang menyalahi kebiasaan nanti anda akan dikenali.Tanda akhir zaman umat rosak disebabkan oleh rosaknya ulamak.Di antara potongan hadis nabi yang menceritakan tentang peristiwa akhir zaman ...علماءهم شر من تحت أديم السماء من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود ...أو كما قال terdapat dikalangan ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada dibawah langit Allah SWT daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka akan kembali...Ulamak sebeginilah yang layak dipanggil ular dalam semak.Bahaya lagi membahayakan kepada sesiapa saja.
Kalau nak belajar ilmu agama ambillah dari ulamak yang muktabar lagi mursyid, para ustaz yang mukhlisin, muktabar lagi mursyid...ulamak yang baik lagi ikhlas boleh juga kita perolehi melalui internet.Namun cara terbaik mengadaplah tuan-tuan guru yang betul-betul muktabar, ikhlas dalam menyampaikan ilmu agama.Jika tidak sia-sialah amalan kita.
Inilah tanda akhir zaman.

Saturday, March 31, 2012

MTQ PPD Bachok 2012

Bergambar selepas memperdengarkan bacaan ayat2 suci al Quran.Anaknda Ahmad Naufal mewakili zonpen 2 ke peringkat ppd bg tahun 2012. Bersama Umi dan Ahmad Nidhal. Mereka berdua byk memberi dorongan dan semangat kpd Naufal. Abah tolong ambil gambar je.

Friday, September 9, 2011

Selamat Hari Raya Fitrah 1432H

Diucapkan Selamat Hari Raya Fitrah 1432H kepada semua kaum muslimin dan muslimat.Maaf Zahir dan Batin.Taqabalallah Minkum.

Friday, February 11, 2011

MaulidurRasul SAW

Sempena kedatangan bulan rabi'ul awwal 1432 H teringat kita kepada kelahiran junjungan besar nabi kita Muhammad SAW. Marilah sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW dan keluarganya serta seluruh para sahabat r.a. Marilah sama-sama kita beramal dengan sunnahnya. Marilah sama-sama kita ikut ajaran nabi Muhammad SAW. Orang yang benar2 cintakan Allah SWT ialah orang menjadi pengikut setia nabi Muhammad SAW. Insya Allah kita akan selamat dunia dan akhirat. اللهم صل على محمد وعلى آل محمد صلى الله عليه وسلم

Thursday, December 16, 2010

Tahun Baru Hijrah 1432H

Orang yang berhijrah dalam bahasa Arab disebut Al muhajir. Nabi SAW Bersabda yang bermaksud ' orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah SWT.'SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432H.

Sunday, September 5, 2010

Cara ucapan yang betul sempena aidilfitri

Kita selalu mendengar apabila menjelang aidilfitri kaum muslimin dan muslimat mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...ucapan sebegitu bukannya salah tapi ada lagi ucapan yang terbaik pernah diucapkan oleh nabi saw dan para sahabat di hari raya iaitu taqabbalallah minna waminkum maksudnya semoga Allah swt menerima segala amal ibadat kami dan anda semua di sepanjang bulan Ramadhan.

Tuesday, August 31, 2010

Salam Ramadhan & Salam Aidil Fitri 1431H

Diucapkan selamat menjalani ibadat puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan perhitungan kepada semua pengunjung blog ini. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.
Dan
Diucapkan selamat hari raya aidil fitri taqabbalallah minna waminkum maaf zahir batin kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Monday, May 31, 2010

Di Suatu Subuh Yang Bening...

Cucutok suka bela burung merpati dan segala binatang yang sama spesis dengannya.Burung merpati yang dipelihara sejak beberapa ketika itu kian bertambah bilangannya membiak dengan cepat menjangkau puluhan ekor, kalau tak silap 30 ekor lebih.Cucutok merasa gembira dan seronok dengan perkembangan yang baik.Awal tahun ini telah datang beberapa orang remaja untuk mendapatkan merpati bertujuan untuk memeliharanya.
Beberapa pasang merpati telah dijual kepada budak-budak itu dengan harga yang berpatutan dan ada juga yang cucutok jual di kedai burung abang soh, di sana harganya lebih mahal.Cucutok mula membuat beberapa perancangan semoga hobi cucutok akan lebih hidup subur... tetapi panas di siang hari tak sampai ke petang, tiba-tiba turun hujan, suatu pagi cucutok cek bilangan merpati didapati 2 ekor merpati tiada dalam sangkar.Cucutok agak ia dimakan musang tapi tiada lubang untuk dicerobohi, mungkin juga dicuri orang tapi kuncinya dalam keadaan baik.Walau bagaimana pun mulai hari itu cucutok cuba memasang perangkap dengan anggapan ada manusia tangan panjang yang datang mengambilnya pada malam hari.Alangkah anehnya, perangkap yang dipasang, kunci yang ditukar baru namun merpati tetap hilang dan berkurangan, boleh dikatakan setiap 3 atau 5 hari sebanyak 1 atau 2 ekor merpatiku hilang...sedih juga rasanya.Siapakah gerangannya yang mengambil merpatiku??? Cucutok hanya berserah kepada ilahi dan sentiasa berdoa kepadanya agar memberi petunjuk kerana IAnya sahaja yang MAHA mengetahui...
Di suatu subuh yang bening tanggal 30 mei 2010, jam 6 pagi ketika cucutok bersiap-siap nak mandi tiba-tiba cucutok terdengar merpatiku yang tinggal 2,3 ekor itu berterbangan, riuh rendah, cucutok segera bergegas membuka lampu spotlight dan memancarkan suluhan lampu picit ke dalam sangkar, alangkah terkejutnya seekor ular sawa batik sedang berjuntai dalam sangkar kekenyangan kerana telah membaham seekor merpatiku, terus cucutok menelefon saudara jiran tetangga supaya datang membantu...cucutok juga terus menelefon 999 meminta bantuan JPA, lebih kurang setengah jam anggota JPA pun sampai dan terus menangkap si ular sawa batik itu...cucutok difahamkan sawa itu akan dihantar dan diserahkan ke Jabatan Perhilitan...yang penting persoalan sebelum ini sudah terjawab...
Di sini cucutok lampirkan foto adegan penangkapan si ular sawa batik tersebut untuk tatapan semua...








Rupa-rupanya sawa batik amat berminat dengan merpati dan ia boleh menghidu bau merpati, ia akan cuba sedaya upaya untuk memasuki sangkar dan memakan merpati itu.Untuk ia memasuki sangkar tidak sukar baginya kerana sekiranya ada lubang yang boleh dimasuki kepalanya walupun kecil lubang itu maka seluruh badannya boleh masuk ke tempat itu dengan jayanya...

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010