Dilahirkan pada pagi isnin 22 jun 1970 di Kampung Kuala Nipah Bachok Kelantan.Dibesarkan dalam keluarga sederhana.Bapa sebagai seorang petani dan ibu sebagai suri rumah sepenuh masa.Bapa telah meninggal dunia pada tahun 2008.Ibu masih ada dan tinggal di Kg Kuala Nipah.Bapa dan Ibu bertugas sebagai guru Al Quran sepenuh masa secara sukarela.Bapa dan Ibu berjaya melahirkan beribu-ribu orang murid yang telah tamat Al Quran dari kalangan penduduk sekitar.Bapa saya adalah anak kepada Hj Muhammad Saman salah seorang Tuan Guru Pondok yang tersohor dan dikenali dengan gelaran Tok Seridik ( boleh rujuk buku ulama kelantan ).Di samping itu bapa saya juga bertugas sebagai imam di surau peninggalan ayahnya.Bapa saya lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah Haji Mad.Semasa kecil saya lihat ayahnda amat dikagumi dan dihormati oleh masyarakat setempat lantaran kehebatannya dan ketegasannya dalam soal-soal agama dan sosial kemasyarakatan.Bapa saya dianugerah dengan kebolehan merawat kanak-kanak yang menangis, membuat minyak selusuh untuk ibu bersalin, merawat orang terlekat tulang dan ....
Saya adalah anak ke 6 daripada 7 orang adik beradik.Mendapat pendidikan awal di SK Bachok sehingga darjah 6.Lantaran keputusan PDL yang cemerlang saya pernah ditawarkan belajar di MRSM, namun hasrat dan kehendak bapa yang lebih menjurus kepada bidang agama menyebabkan saya terpaksa melupakan saja MRSM sebagai satu kenangan.Prinsip bapa saya ialah anak-anak mesti belajar agama melebihi segala-galanya kerana bidang pekerjaan pasti datang jika kita cemerlang terutama bidang agama baginya amat penting dan mempunyai peluang kerja yang luas.Justeru saya terus menyambung pelajaran di Maahad Yaakubiah Nipah Bachok, dulu dipanggil SMU ( A ) Yaakubiah Nipah, sebuah sekolah yang agak dhaif tetapi sarat dengan ilmu agama.Ternyata ia secocok dengan saya dan saya lalui hari-hari di Maahad tersebut dengan penuh kecemerlangan. Saya masih ingat saya selalu mendapat tempat pertama di setiap peperiksaan sehinggalah saya menduduki SRP, sekarang PMR.Sekali lagi saya mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi pelajar terbaik di Maahad tersebut. Saya ditawarkan ke Kolej Islam Kelang, Selangor, sekarang dikenali dengan KISAS. Namun tawaran tersebut tidak dapat ditunaikan...mungkin sudah termaktub.Saya meneruskan pelajaran di Maahad yang sama...bersambung...