Saya melihat sekarang ramai ustaz ustazah yang pandai bercakap dan berpidato tentang agama.Boleh bercakap di udara melalui radio, TV dan sebagainya.Keluar majalah dan sebagainya.Baguslah...namun ada sebahagiannya berlagak alim kononnya lebih alim daripada para ulamak silam seperti Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Ghazali, Imam Nawawi dan ramai lagi tokoh ilmuan silam yang hebat.Mengapa saya katakan begitu, jawapannya sebab mereka sanggup menuduh ulamak dulu tak betul, dia yang lebih betul, walhal dia sendiri ceduk ilmu itu dari ulamak silam yang dia tuduh tak betul.Fenomena ini berlaku sekarang menular dikalangan masyarakat yang cintakan Islam.Ada dikalangan mereka yang celaru dalam soal amal ibadat.Banyak dipersoalkan tentang masalah khilafiyyah dalam solat.Ada dikalangan mereka mula bertengkar dalam soal fekah ibadat.Satu kumpulan kata cara ibadat awak salah, cara ibadat saya betul...begitulah seterusnya.Saya sedih umat Islam mula berbalah dan berpecah dengan perkara khilafiyyah.Siapa yang menjadi punca perbalahan ini? Para ustaz yang muncul sekarang ini yang berlagak alim mengeluarkan pendapatnya tentang fekah dan mendakwa pendapat dialah yang paling betul.Pendapat mereka ini mudah diambil melalui internet...Saya pun tak faham apa yang mereka mahu.Mungkin ustaz sebegini mahu glamour dan terkenal dengan pendapat yang kononnya hebat.Ulamak sebenar tak perlu keluar pendapat yang pelik-pelik atau buat perkara pelik-pelik untuk popular.Ulamak sebenar akan jadi popular dengan sendirinya tak perlu buat kerja pelik-pelik.Betullah pepatah Arab ada kata : خالف تعرف Buatlah perkara yang menyalahi kebiasaan nanti anda akan dikenali.Tanda akhir zaman umat rosak disebabkan oleh rosaknya ulamak.Di antara potongan hadis nabi yang menceritakan tentang peristiwa akhir zaman ...علماءهم شر من تحت أديم السماء من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود ...أو كما قال terdapat dikalangan ulamak mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang berada dibawah langit Allah SWT daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka akan kembali...Ulamak sebeginilah yang layak dipanggil ular dalam semak.Bahaya lagi membahayakan kepada sesiapa saja.
Kalau nak belajar ilmu agama ambillah dari ulamak yang muktabar lagi mursyid, para ustaz yang mukhlisin, muktabar lagi mursyid...ulamak yang baik lagi ikhlas boleh juga kita perolehi melalui internet.Namun cara terbaik mengadaplah tuan-tuan guru yang betul-betul muktabar, ikhlas dalam menyampaikan ilmu agama.Jika tidak sia-sialah amalan kita.
Inilah tanda akhir zaman.
0 comments:
Post a Comment