اهلا وسهلا

Monday, May 31, 2010

Di Suatu Subuh Yang Bening...

Cucutok suka bela burung merpati dan segala binatang yang sama spesis dengannya.Burung merpati yang dipelihara sejak beberapa ketika itu kian bertambah bilangannya membiak dengan cepat menjangkau puluhan ekor, kalau tak silap 30 ekor lebih.Cucutok merasa gembira dan seronok dengan perkembangan yang baik.Awal tahun ini telah datang beberapa orang remaja untuk mendapatkan merpati bertujuan untuk memeliharanya.
Beberapa pasang merpati telah dijual kepada budak-budak itu dengan harga yang berpatutan dan ada juga yang cucutok jual di kedai burung abang soh, di sana harganya lebih mahal.Cucutok mula membuat beberapa perancangan semoga hobi cucutok akan lebih hidup subur... tetapi panas di siang hari tak sampai ke petang, tiba-tiba turun hujan, suatu pagi cucutok cek bilangan merpati didapati 2 ekor merpati tiada dalam sangkar.Cucutok agak ia dimakan musang tapi tiada lubang untuk dicerobohi, mungkin juga dicuri orang tapi kuncinya dalam keadaan baik.Walau bagaimana pun mulai hari itu cucutok cuba memasang perangkap dengan anggapan ada manusia tangan panjang yang datang mengambilnya pada malam hari.Alangkah anehnya, perangkap yang dipasang, kunci yang ditukar baru namun merpati tetap hilang dan berkurangan, boleh dikatakan setiap 3 atau 5 hari sebanyak 1 atau 2 ekor merpatiku hilang...sedih juga rasanya.Siapakah gerangannya yang mengambil merpatiku??? Cucutok hanya berserah kepada ilahi dan sentiasa berdoa kepadanya agar memberi petunjuk kerana IAnya sahaja yang MAHA mengetahui...
Di suatu subuh yang bening tanggal 30 mei 2010, jam 6 pagi ketika cucutok bersiap-siap nak mandi tiba-tiba cucutok terdengar merpatiku yang tinggal 2,3 ekor itu berterbangan, riuh rendah, cucutok segera bergegas membuka lampu spotlight dan memancarkan suluhan lampu picit ke dalam sangkar, alangkah terkejutnya seekor ular sawa batik sedang berjuntai dalam sangkar kekenyangan kerana telah membaham seekor merpatiku, terus cucutok menelefon saudara jiran tetangga supaya datang membantu...cucutok juga terus menelefon 999 meminta bantuan JPA, lebih kurang setengah jam anggota JPA pun sampai dan terus menangkap si ular sawa batik itu...cucutok difahamkan sawa itu akan dihantar dan diserahkan ke Jabatan Perhilitan...yang penting persoalan sebelum ini sudah terjawab...
Di sini cucutok lampirkan foto adegan penangkapan si ular sawa batik tersebut untuk tatapan semua...








Rupa-rupanya sawa batik amat berminat dengan merpati dan ia boleh menghidu bau merpati, ia akan cuba sedaya upaya untuk memasuki sangkar dan memakan merpati itu.Untuk ia memasuki sangkar tidak sukar baginya kerana sekiranya ada lubang yang boleh dimasuki kepalanya walupun kecil lubang itu maka seluruh badannya boleh masuk ke tempat itu dengan jayanya...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010