اهلا وسهلا

Saturday, September 15, 2012

Wacana Ilmu : Jati Diri Pelajar Muslim

Jati Diri Pelajar Muslim adalah salah tajuk ceramah di program kem pengukuhan Akidah dan Sahsiah murid sekolah menengah peringkat PPD Bachok tahun 2012.Program tersebut diadakan selama 2 hari bermula 14 sehingga 15 Sept 2012.Program tersebut diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok.
Pelajar muslim kini ramai terlibat dengan gejala sosial seperti merokok, mencuri, menagih dadah, berzina, buli, vandalisme dan sebagainya.Pelajar muslim kini mesti menguatkan diri dengan iman dan islam.Iman adalah benteng yang kukuh bagi menghadapi segala bentuk cabaran masakini.Tanpa iman di dada ibarat diri tanpa antibodi yang mampu menangkis segala serangan virus yang membahayakan kesihatan diri seseorang.Tahniah kepada peserta yang terpilih sebagai peserta kerana pengisian sebegini sukar diperolehi, apatah lagi untuk kita mengharapkan para pelajar ini mencari program sebegini sudah tentu amat jauh sekali, Mereka lebih suka mencari program-program lain yang lebih menyeronokkan mereka.Sekarang ini juga berleluasanya aktiviti berjudi yang dikenali dengan judi buyung.Ini berlaku dikalangan pelajar muslim.Sepatutnya ibubapa mesti lebih peka terhadap segala aktiviti anak-anak remaja mereka kerana merekalah yang akan menggantikan tempat orang dewasa pada masa hadapan, orang dewasa pasti akan pergi...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010