Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Nostalgia Raya Puasa 1430 H

Sambutan Hariraya Aidilfitri 2009m/1430H tetap meriah dan penuh kesyukuran kepada ilahi Tuhan sekalian alam.

Bergambar selepas solat hariraya...




... tetamu sedang menjamu selera di pagi raya ...


Saturday, May 23, 2009

Hadiah Hari Guru 2009 : Ahmad Nu'man Basyir

Sedapnya tidur, baru lepas bersih badan, mandi...

Hari pertama kelahiran tanggal 16 Mei 2009 tepat jam 6.20pm, gambar diambil selepas mandi dan dibersihkan.

Bayi yang baru dilahirkan ibarat kain putih, maka ibubapanyalah yang akan mencorakkan warnanya..
.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Setiap bayi yang dilahirkan adalah dilahirkan diatas fitrah (suci/bersih) maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi atau majusi atau nasroni...
Maka menjadi tanggungjawab yang maha berat ke atas ibubapa untuk menjaga dan memelihara bayi itu supaya sentiasa berada dalam fitrah yakni asal penciptaannya iaitu islam yang suci bersih - fitrah.

Monday, May 11, 2009

Hobi dipupuk minat disemai...




Berbudi pada tanah...Buah pisang jelai berangan hasil titik peluh sendiri...dan buah salak yang baru belajar berbuah...nampak ada beberapa tangkai...nanti dapatlah nak rasa buah salak dari hasil tanaman sendiri...



Ahmad Naufal sedang menjalankan tugasnya,
memberi makan burung-burung merpati di sangkar dan Abangnya Ahmad Nabil Fakhri sedang membantunya...seorang lagi abangnya Ahmad Nidhal Hilmy tidak muncul pada petang itu...barangkali sibuk buat kerja sekolah...

Sunday, May 10, 2009

Qari Cilik - Ahmad Nabil Fakhri b Nasir




Ahmad Nabil Fakhri sedang memperdengarkan bacaan Al Quran dalam MTQ Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Kelantan.
( Surah Ar Ra'ad ayat 1-6 )

Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) Bagi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan

MTQ bagi Sekolah Rendah peringkat negeri Kelantan telah berlangsung pada 25 april 2009 hari Sabtu bertempat di Musolla SM Teknik Bachok. Ahmad Nabil Fakhri b Nasir, pelajar tahun 6 dari SK Badak telah mewakili PPD Bachok ke peringkat negeri Kelantan. Beliau telah mendapat tempat ke 3.
Bergambar bersama Abah dan adik-adik.


Bergambar bersama Ummi dan adik-adik.

Bergambar selepas menerima hadiah.

Ahmad Nabil Fakhri b Nasir berusia 12 tahun adalah cicit kepada Tokseridik. Seramai 20 peserta dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai MTQ tersebut. Bagi kategori lelaki PPD Pasir Mas telah mendapat tempat pertama manakala PPD KB mendapat tempat ke 2.

Tuesday, December 2, 2008

Musim Berkhatan

Tanggal 24 Nov 2008, Ahmad Nabil Fahkri-anak sulung saya-selamat dikhatankan di Klinik Dr Ramzi, Panji.Bayarannya RM 80.00.Bukan doktor yang buat tapi MA kanan yang profesional bahagian berkhatan ni.Namanya tidak silap saya Wan Abdullah...Lepas berkhatan dia tak balut, sapu ubat dan biarkan terdedah begitu saja...dia bius, lepas bius dia gunting buang kulit bahagian luar penis dan seterusnya dia jahit, memang tidak sakit.Kalau mabuk darah tak boleh tengok, nanti pitam,sebab ada bapa yang pitam...dalam perjalanan pulang tiba-tiba anak saya menangis, dia kata rasa sakit...aduh...huuuu!...terkejut juga,rupanya ubat bius dah habis.Maka cepat-cepatlah uminya bagi ubat tahan sakit.Tapi lama juga nak hilang sakit tu...beberapa ketika juga...sejam lebih kurang...tersengih-sengih menahan kesakitan, mungkin rasa nyilu.Kepada anak-anak yang bakal nak berkhatan,dinasihatkan lepas selesai khatan terus telan ubat tahan sakit...jadi tak sempatlah rasa sakit tu.Bertuah sungguh budak-budak sekarang, kalau budak dulu berkhatan dengan pisau di atas batang pisang kemudian tak ada ubat bius, tak ada ubat tahan sakit, tok mudim bagi penawar, air tawar dan jampi dengan doa, ayat quran.Itulah kehebatan generasi dulu...tapi generasi sekarang pun hebat jugalah berkhatan tak sakit...

Friday, May 16, 2008

Putera-puteraku - Cicit Tok Seridik

Anak-anak adalah cahaya mata. Tiga Ahmad yang comel lote... Ahmad Nabil Fakhri, Ahmad Nidhal Hilmy dan Ahmad Naufal. Mereka adalah anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan bimbingan dan tunjukajar dari kedua ibubapa mereka.Tanpa bimbingan kedua ibubapa mereka akan hanyut ibarat kapal di lautan yang tiada kemudinya.Justeru, pendidikan agama merupakan asas utama dalam membentuk mereka menjadi insan yang soleh.Mereka hendaklah dididik dengan asas-asas akidah, ibadat dan akhlak yang menjadi tunjang kepada kehidupan mereka di hari yang mendatang...kami doakan mereka jadi anak yang soleh...

Anak cucu Tok Seridik

Gambar ini dirakam pada HariRaya Puasa...ana tak ingat puasa tahun ke berapa...tapi boleh dikatakan setiap hari raya idulfitri kami anak cucu Tok Seridik berkumpul selepas solat raya di rumah ayahnda bonda...selepas bersalaman kami akan ziarah rumah anak beranak yang terdekat, rumah kak yah, abe yi dan yang hujung sekali rumah ana lah...dan kami menjamu selera dengan bermacam-macam makanan seperti nasi dagang, nasi kapit/himpit, ketupat, tapai dan lain lagi, kuih muih pun ada juga...akhir sekali kami bergambar beramai-ramai...tak silap ini adalah gambar terakhir ayahnda di idulfitri sebelum dia jatuh sakit...

Keluargaku

Gambar ini diambil semasa melawat Masjid Putrajaya iaitu tanggal 2002 masihi.Ketika ini kami sedang bertugas di SBPi Sg Air Tawar, Sabak Bernam Selangor sebagai guru...guru bahasa Arab.Sebenarnya bukan kami berlima saja...tapi di depan tu ada jurukamera...bukan orang lain...adikzul...anak-anak saudara panggil poksu...masa tu dia bujang lagi jadi ana pun perlu khidmatnya...tolong drebar kereta...sambil tu dapatlah dia travel sama...terimakasih kepada adikzul...

Rumahku Syurgaku

Rumah ini telah siap dibina pada bulan disember 2004.Kerja-kerja membersih persekitaran sedang dijalankan.Elektrik pun belum dipasang lagi.Ya la itu cerita dulu...Tapi sekarang dah duduk dah...

...banyak pula kayu yang lebih nak campak kat mana.Tak apa nanti kita bina reban ayam,itik,burung...berguna juga.Jangan buang ya...membazir...membazir amalan syaitan...Oh ya pagar pun tak ada lagi...risau juga nanti masuk kambing...habis la tanaman aku,pokok bunga...mesti buat pagar tapi bila? Kalau ada duit sekarang pun boleh...nanti la dulu...sabar...sabar la ya...kalau dah ada niat pasti jadi..yes.

اهلا وسهلا

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010