Hijrah dari segi bahasa : Diambil dari perkataan Arab ' HAJARA ' bermaksud berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kedatangan tahun baru hijrah sekurang-kurangnya memperingati kita kepada 2 perkara : pertama : Umur kita semakin bertambah, kedua : Sejarah diasaskan tahun hijrah oleh saidina Omar Al khattab ra.
Beberapa peristiwa hijrah yang berlaku dalam sejarah islam iaitu hijrah para anbiya' alaihimussolatuwassalam seperti hijrah nabi Adam as, hijrah nabi Ibrahim as, hijrah nabi Musa as, hijrah nabi Yusuf as dan lain-lain lagi.Hijrah Ashabulkahfi.Hijrah Habasyah.Hijrah nabi Muhammad SAW ke Ta'if dan kemuncaknya ialah Hijrah nabi Muhammad SAW dari Mekah Al mukarramah ke Madinah Al munawwarah.
Matlamat hijrah / Mesej hijrah / Risalah hijrah : ada 2 matlamat penting iaitu Risalah Al'ubudiyyah / AtTauhid dan Risalah At Tahrir - iaitu bebas dari penyembahan seorang hamba sesama hamba kepada penyembahan seorang hamba hanya kepada Allah SWT.
Hijrah Ma'nawiyyah : Hijrah seorang muslim dalam ibadat iaitu hijrah dalam ibadat solat, hijrah dalam ibadat puasa, hijrah dalam ibadat zakat dan hijrah dalam ibadat haji.
Contoh hijrah dalam ibadat solat, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ' Solat adalah sebahagian dari akhirat maka apabila kamu memasukinya sebenarnya kamu telah keluar dari dunia ', itulah hijrah ma'nawiyyah yang berlaku dalam solat.
Maksud hijrah sebagaimana yang terdapat dalam sepotong hadis Rasulullah SAW yang bermaksud ' Dan orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah SWT '.
0 comments:
Post a Comment