اهلا وسهلا

Friday, December 5, 2008

Salam Aidul Adha 1429H

Pada 10 Zulhijjah 1429H semua umat islam akan menyambut hari raya Aidul Adha yang merupakan hari kebesaran bagi seluruh umat islam.Aidul Adha atau hari raya korban adalah di antara lambang kemenangan umat islam.Umat islam mengorbankan seluruh kehidupannya kerana Allah SWT sebagaimana dalam doa iftitah kita menyebut ' sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah SWT.Semua pencapaian yang diimpikan memerlukan kepada pengorbanan.Tidak ada satu pun pencapaian yang kita terima secara percuma 'free' bak kata pepatah ' yang bulat takkan datang bergolek yang pipih takkan datang melayang '.Kalau kita lihat sekarang ni tandas pun sudah tidak percuma lagi, sesiapa yang ingin memasukinya kena bayar walaupun sepuluh sen.Maknanya di situ ada pengorbanan, kena keluarkan duit, bagi orang yang senang tidak kisah tetapi bagi mereka yang susah itu dah dikira satu tamparan dan ujian kerana kena sediakan duit kalau nak masuk tandas.Apatah lagi perkara yang lebih besar yang kita inginkan dalam kehidupan ini.Apatah lagi perkara yang berkaitan dengan akhirat iaitu syurga yang diimpikan, tentunya perlu kepada pengorbanan. Lihat saja kepada pelaksanaan rukun islam yang lima, semuanya perlu kepada pengorbanan contohnya untuk mendirikan solat fardu lima waktu, berpuasa ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji di Mekah Al mukarramah.Oleh kerana itulah hari raya korban jatuh pada 10 Zulhijjah iaitu pada musim haji, di mana ibadat haji boleh dikatakan hampir keseluruhannya adalah berbentuk amali dan ini amat memerlukan kepada pengorbanan.Pada hari raya korban juga umat islam digalakkan mengorbankan binatang sebagai tanda syukur kita kepada Allah SWT.Simbolik daripada mengalirkan darah binatang sebenarnya ialah terpancarnya sifat takwa kepada Allah SWT.Walau apapun amalan kita natijahnya ialah ketakwaan kepada Allah SWT kerana itulah sebaik-baik bekalan kita di hari akhirat.

" SELAMAT HARI RAYA KORBAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SAUDARA MARA SEMOGA AMALAN KORBAN ANDA DITERIMA OLEH ALLAH SWT "

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010