Banyak peristiwa penting berlaku di bulan Rejab.Peristiwa yang boleh dijadikan iktibar dan renungan bagi umat Islam.Ia adalah satu sejarah yang semakin dipinggirkan dan dilupakan oleh umat Islam sendiri.Di sini saya ingin paparkan satu peristiwa agong dan penting dalam sejarah Islam.Peristiwa tersebut ialah peristiwa Isra' dan Mi'raj.Ia berlaku pada 27 Rejab iaitu 18 bulan sebelum berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah SAW.Alangkah indah sekiranya peristiwa ini sentiasa hidup mekar dalam sanubari setiap insan yang bernama muslim mukmin.Alangkah bertuahnya orang yang hidup bertemankan Isra' dan Mi'raj.Isra' dan Mi'raj ada falsafahnya.Isra' dan Mi'raj adalah paparan sebenar perjalanan hidup seorang muslim mukmin untuk bertemu dengan Allah SWT.Allah SWT telah memperlihatkan banyak peristiwa hebat yang merupakan tanda-tanda keagonganNYA di Sepanjang perjalanan junjungan besar nabi Muhammad SAW pada malam Isra' dan Mi'raj itu.Orang yang menjadikan peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah SAW itu sebagai papan tanda kehidupan maka kehidupannya akan tenang dan selamat sampai ke destinasinya.Wahai umat Islam semua! pelajarilah secara terperinci sirah perjalanan peristiwa Isra' dan Mi'raj dari kitab yang muktabar dan guru yang mursyid, seterusnya amalkanlah di dalam kehidupan nescaya kita akan tenang disaat orang lain meleset dengan satu ribu satu kemelesetan.Meleset yang paling ditakuti ialah meleset iman.
-
0 comments:
Post a Comment