Di antara falsafah solat ialah :
*Solat mendidik kita bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT.Ianya terkandung di dalam ungkapan " اياك نعبد ".
*Solat mendidik kita bahawa tiada tempat pergantungan melainkan kepada Allah SWT.Ianya terkandung di dalam ungkapan " واياك نستعين ".
*Solat mendidik kita bahawa tiada siapa yang dapat memberi petunjuk (hidayah) ke jalan kebenaran melainkan Allah SWT.Ianya terkandung di dalam ungkapan " اهدنا الصراط المستقيم ".
*Solat mendidik kita bahawa tiada yang paling berhak dipuja dan diagongkan melainkan Allah SWT.Ianya terkandung di dalam ungkapan " سبحان ربي العظيم وبحمده ".
*Solat mendidik kita bahawa bagi Allah SWT sahaja segala ketuanan dan ketinggian.Ianya terkandung di dalam ungkapan " سبحان ربي الأعلى وبحمده ".
*Solat mendidik kita bahawa Allah SWT sahaja pemberi ni'mat yang terbaik.Ianya terkandung di dalam ungkapan " ربنا لك الحمد ".
SOLAT ADALAH TIANG AGAMA.ORANG YANG TIDAK SOLAT ADALAH ORANG YANG MERUNTUHKAN AGAMANYA.
0 comments:
Post a Comment