Ahlan wasahlan ya Rejab, Banyak peristiwa penting berlaku dalam bulan ini. Banyak fadhilat dan kelebihan ada pada bulan ini. Di antara peristiwa yang penting berlaku dalam bulan ini ialah peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ia berlaku tanggal 27 Rejab dan pada tarikh itu semua umat Islam memperingati peristiwa tersebut dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ramai orang bertanyakan beberapa soalan tentang majlis sambutan Isra' dan Mi'raj. Mengapa peristiwa Isra' dan Mi'raj perlu diingati dan disambut ? Adakah Rasulullah SAW dan para Sahabat ra pernah menyambut peristiwa ini ? Atau sambutan ini hanya berlaku di zaman mutakhir ini ?
Sedikit nostalgia sambutan majlis isra' mikra' masa lalu...
...Zaman ana kecil2 dulu sambutan terhadap peristiwa Isra' dan Mi'raj amat meriah sekali. Masa itu elektrik belum ada. Biasanya majlis memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj diadakan pada waktu malam bermula waktu maghrib berlarutan sehingga waktu isya'. Maka pelita ayam dan lampu gasolinlah yang menjadi cahaya penerang di malam tersebut. Tuan Imam surau atau masjid akan mengisytihar bahawa pada malam tanggal 27 Rejab nanti akan diadakan majlis bacaan hadis Isra' dan Mi'raj. Maka sekelian ahli jemaah dan orang kampung diminta hadir dan jangan lupa membawa bersama juadah sebagai hidangan untuk santapan pada malam tersebut. Boleh dikatakan seluruh penduduk kampung akan menyediakan juadah seperti buah mulung ( butir nangka ), onde-onde, puteri mandi, lompat tikam, tahi itik, cacho, cendo, ketupat nasi dan sebagainya. Ana pernah terlibat dengan penyediaan kuih muih tersebut. Contohnya nak menyediakan kuih onde-onde, bermula awal pagi lagi ana dan seluruh ahli warga diminta bekerjasama untuk mengisar beras dengan alat kisaran bagi menghasilkan tepung beras. Dari tepung beras itu akan dijadikan onde yang dibentuk bulat dan diisi di dalamnya dengan manisan ( gula melaka ). Biasanya aktiviti ini berlarutan sehingga petang. Nyiur separa tua/muda akan dikukur untuk digaul bersama tepung beras yang telah masak direbus...penat tapi seronok...
Malam 27 Rejab itu maka berduyung-duyunglah orang kampung pergi ke surau atau masjid-kecil besar, tua muda semua hadir...surau melimpah ruah dengan ahli jemaah dan kuih muih yang banyak...
Selepas solat maghrib Tuan Imam memulakan bacaan hadisnya...mengunakan kitab jawi lama tulisannya berwarna kekuningan...kulitnya usang dimamah usia seusia Tok Imam...bahasanya cukup klasik...Semua hadirin dan hadirat khusyuk mendengar hadis isra' dan mi'raj walaupun dalam cahaya pelita ayam yang suram...nampak semua hadirin macam faham walaupun klasik bahasanya...almaklumlah setiap tahun ia dibaca dan diperdengarkan...
...Apa yang pasti suasana sebegini semakin pupus dan lenyap ditelan zaman...kanak2 sekarang dah tidak berminat untuk mendengar kisah sebegini...ana tengok datuk nenek kita dahulu buat sambutan isra' dan mikra' dengan penuh kesungguhan...tapi penghayatan entahlah...ana pun tak pasti...Ana harap marilah kita memperingati peristiwa isra' dan mikra' serta hayatilah ia...hayatilah ia...hayatilah ia dalam kehidupan kita.

0 comments:
Post a Comment