اهلا وسهلا

Monday, October 13, 2008

Demam Peperiksaan

Memang betul sekarang ni musim peperiksaan, dan yang sedang berlangsung sekarang ialah peperiksaan PMR.Jadi orang kata demam peperiksaan, nampaknya yang demam bukan pelajar tapi gurunya.Saya dapati gurunya yang keluh kesah, tapi pelajarnya relaks saja.Mengapa tidaknya, sehari sebelum peperiksaan berlangsung, pihak sekolah telah mengadakan majlis restu ilmu, maka pada hari tersebut para guru subjek masing-masing telah memberi amanat yang terakhir dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh...tapi alangkah sedihnya si anak murid yang berada di belakang asyik berbual-bual malahan sempat lagi bergurau senda, saya lihat yang betul-betul dengar hanya sebilangan kecil sahaja...itu la saya kata gurunya yang demam peperiksaan, pelajarnya tidak.Maka adapun selepas daripada itu, maka bangunlah seorang lagi guru yang agak penting juga peranannya di sekolah untuk memberi amanat yang terakhir... " murid-murid semua, di sini saya nak beritahu perbuatan meniru di dalam peperiksaan itu tidak boleh, dilarang sama sekali, dan saya anggap orang yang meniru ni adalah orang yang paling bodoh di dunia ini! " guru tersebut memberi pesan...katanya lagi dengan nada yang agak perlahan sedikit "...tapi kalau kamu nak tengok sebelah tu, pandai-pandailah...itu tak apa, tapi meniru tak boleh!!...saya agak terkejut juga dengan arahan cikgu ni, setakat yang saya belajar meniru ni tak boleh walau bagaimana cara sekalipun, guru saya pernah berpesan supaya jangan meniru dan jangan memberi tiru kerana katanya itu bertentangan dengan ajaran agama dan berdosa. Sebenarnya mana ada tengok sebelah boleh, meniru tak boleh...itu sama saja...namanya menipu diri sendiri dan pelajar itu telah merampas hak orang lain.Maka hasilnya akan lahir satu generasi penipu yang tidak takut kepada Allah SWT.Maka akan berlakulah perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran agama contohnya pecah amanah,rasuah dan sebagainya.Bahkan suatu hari nanti mereka ini boleh lakukan apa saja...faham-faham sendirilah wahai saudaraku!!!JANGAN AJAR ANAKMU DAN ANAK MURIDMU BUAT JAHAT!BERDOSA! Ibarat kata pepatah ' melentur buluh biarlah bermula dari rebungnya '.
Kalau kita perhatikan fenomena tadi menunjukkan satu pencabulan manusia terhadap hak dan kebenaran.Sebenarnya sistem dan peraturan itu sudah cukup elok dan baik tetapi orang yang melaksanakannya pula telah terpesong dan menyeleweng dari jalan yang sebenarnya.Oleh sebab itulah sebuah masyarakat dan negara amat memerlukan kepada modal insan yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010