اهلا وسهلا

Friday, September 26, 2008

Rebutlah 10 Akhir Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, di dalamnya ada rahmat, maghfirah (keampunan) dan pelepasan dari api neraka.Ramadhan adalah satu bulan yang disediakan oleh Allah SWT untuk melatih dan mendidik umat Islam dan orang-orang beriman khususnya menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.Takwalah satu-satunya bekalan yang boleh dibawa di hari akhirat nanti.Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud : Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah TAKWA.Oleh sebab itu para ulama menamakan Ramadhan sebagai madrasah 'Madrasah Ramadhan'.Madrasah adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud sekolah, iaitu tempat penuntut menimba ilmu pengetahuan.Madrasah Ramadhan juga berperanan untuk melahirkan insan kamil iaitu mendidik dan melatih penuntutnya memantapkan keimanan kepada Allah SWT, melipatgandakan amal ibadat dan membentuk sahsiah keperibadian yang unggul dan terpuji di sisi Allah SWT.
Manakala pada 10 akhir Ramadhan Allah SWT menyediakan kepada hambanya sesuatu yang amat istimewa dan hebat iaitu malam Al qadar ( lailatulqadr ).Ibadat pada malam Al qadar ibarat kita beribadat selama seribu bulan.Betapa hebat dan besarya tawaran Allah SWT kepada hambanya.Semua hambanya mengharapkan dapat menghidupkan malam Al qadar dengan sebaiknya.Namun tidak ada sesiapa pun yang mengetahuai bilakah berlakunya malam Al qadar itu.Oleh itu usaha untuk mencarinya pada 10 malam terakhir Ramadhan adalah sesuatu yang amat dituntut.Kita seharusnya jangan membiarkan 10 malam terakhir ini berlalu begitu saja tetapi rebutlah ia dan penuhilah ia dengan amal ibadat kepada Allah SWT, zikir, istighfar, tahlil, tahmid dan takbir.Selepas itu kita berdoalah kepada Allah SWT supaya meletakkan kita diantara hambanya yang berjaya menghidupkan malam Al qadar dengan sempurna.Sebenarnya jika kita bertemu dengan malam Al qadar Nabi SAW berpesan supaya kita memperbanyakkan doa, iaitu doa yang pernah diajar kepada Syaidatina Ai'syah ra " Allohummainnaka 'afuwwun karimun tuhibbul 'afwa fa'fu'anni ya kariim " ( اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني يا كريم ) maksudnya " Ya Allah, sesungguhnya engkau maha pengampun lagi maha pemurah suka kemaafan maka maafkanlah daku wahai Tuhan yang maha pemurah " Amin Ya Rabbal 'alamin.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010