اهلا وسهلا

Friday, June 13, 2008

Mudah lupa...

Ramai pelajar mengadu, mengapa saya mudah lupa setiap kali menghafal pelajaran.Pada mulanya ingat kemudian lupa...biasanya ingatan kita terhadap apa yang kita hafal boleh bertahan selama 24 jam, jika kita tidak mengulangkaji kemungkinan apa yang dihafal itu akan hilang.Itu salah satu puncanya iaitu sifat malas mengulangkaji apa yang dipelajari atau dihafal sebelumnya.Pelajar selalu berkata : " Aaah, buat apa baca apa yang sudah ku baca, semuanya aku sudah tahu ". pelajar itu tidak sedar sebenarnya apa yang ia sudah tahu itu belum tentu ada diingatannya. Punca lainnya kita ambil daripada cerita Imam Shafie. Al Imam Shafie pernah mengadu kepada gurunya Waqi', katanya : "Aku telah mengadu kepada Waqi' tentang merosotnya ingatanku, lalu Waqi' menasihatiku supaya meninggalkan perkara maksiat".Waqi' menegaskan : " Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ilmu itu ialah cahaya dan cahaya Allah tidak akan dikurniakan bagi orang yang derhaka".Ertinya melakukan maksiat boleh mengalang seseorang dari mendapat hidayah Allah dan Ilmu Allah SWT.Wahai para pelajar sekalian! hindarilah dirimu dari melakukan maksiat kerana ia boleh menghalang kita dari mengingati ilmu, apatah lagi untuk mendapat petunjuk Allah SWT.
شكوت الى وكيع سوء حفظي * فأرشدني الى ترك المعاصي
فاعلـم أن العـلـــم نــــــــور * ونور الله لا يهدى لعاصي

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010