اهلا وسهلا

Friday, June 6, 2008

Biodata Tok Seridik

Namanya :Hj Muhammad Saman b Awang Senik b Abd Rahman.Namanya dalam kitab tulisan tangannya ialah Muhammad.Manakala dalam kad pengenalan anaknya tertulis Saman.Panggilan ringkasnya Mat Saman.
Gelarannya : Tok Seridik.
Tempat lahir :Beliau dilahirkan di Kampung Anjur, Kuala Nipah, Bachok, Kelantan.
Tarikh lahir :Sekitar tahun 1298H bersamaan 1881M.
Pendidikan :Tahun 1311H bersamaan 1893M belajar di pondok Tok Seridik Pattani selama 6 tahun.Kemudian belajar di pondok Garak Pattani lebih kurang 12 tahun.Kemudian menyambung pengajiannya di Mekah AlMukarramah selama 8 tahun.
Kemayshuran :Seorang ulamak usuluddin, fekah dan tasauf.Seorang penulis khat yang mahir.Terdapat lebih 300 buah pondok di Kg Kuala Nipah, Bachok.
Perkhidmatan :Pada tahun 1337H bersamaan 1918M beliau membuka pondok di Kg Kuala Nipah, Bachok.Berpeluang mengajar selama 12 tahun.
Meninggal dunia :Pada 16 Ramadhan 1354H bersamaan 11 Disember 1935M berusia 55 tahun.
Anak-Anaknya : Seibu sebapa ialah Mohamad bin Saman, Esah binti Saman, Sebapa ialah Halimah, Wan Habibah,Fatimah...( maklumat belum lengkap )
Cucu-cucunya : Hanya dari jalur anaknya Tuan Haji Mohamad sahaja yang dikurniakan zuriat Tok Seridik.Dari anaknya Hajjah Esah ditakdirkan anak-anaknya meninggal semasa kecil lagi.
Nama Cucu-cucunya :
1. Suhaimi@Ghazali bin Muhamad, Ustaz, Ijazah UKM - Pesara Pegawai Tadbir, sekarang Imam Tua Masjid Solehi Mukim Nipah.
2. Shamsuddin bin Mohamad, Guru, Ijazah UPM - Pesara Guru Cemerlang Sains Pertanian.
3. Aziz bin Mohamad, Ustaz, Ijazah UKM - Ketua Penolong Pengarah JAKIM.
4. Shukeri bin Mohamad, Ustaz, PHD UM - Pensayarah di AIUM Nilam Puri.
5. Radziah binti Mohamad, Ustazah, Ijazah UM - SMK Beris Panchor.
6. Nasir bin Mohamad, Ustaz, Ijazah Jordan - SMK Badak.
7. Mohd Zulkifli bin Mohamad, Ustaz, Ijazah Azhar Mesir - SK Kandis.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010