Budak-budak sekolah dalam gambar ni ialah anak muridku.Sekali tengok memang nampak semacam je...maklumlah mereka ni ibnu qariah...sebenarnya mereka semua belajar bahasa Arab dan ambil bahasa Arab dalam peperiksaan PMR...memang hebat betul mereka ni...mengapa tidak kerana bahasa Arab tu bahasa asing...bukan bahasa ibunda...di antara mereka ada yang dapat skor 'A' subjek bahasa Arab PMR...tahniahlah...tengok pula siapa gurunya..eehmm...
Berbalik kepada cerita bahasa Arab,di sini ana nak seru kepada semua marilah kita pakat-pakat belajar bahasa Arab...mengapa?...kerana ianya bahasa Al Quran dan bahasa dalam solat...tak sah solat kalau kita guna bahasa melayu atau bahasa orang putih walaupun ianya bahasa antarabangsa...tapi ingat, bahasa Arab lagi hebat...mengapa tidak?...ianya bahasa langit dan bumi, bahasa dunia dan akhirat...memang hebat betul...belajarlah bahasa Arab nescaya kita akan jadi hebat.
0 comments:
Post a Comment