Thursday, May 6, 2010

Tanda Akhir Zaman : Berleluasanya Fitnah

Berleluasanya fitnah. Orang ramai mudah menyebarluas berita palsu tanpa kebenaran di alam maya. Penggunaan blog, FB dan seumpamanya semata-mata untuk memuatkan cerita rekaan, berita palsu bahkan ianya diada-adakan bagi menarik seramai mungkin pelawat membacanya dan berseronok dengannya. Alangkah hinanya manusia yang tidak sedar bahaya fitnah. Fitnah itu lebih dahsyat daripada satu pembunuhan. Manusia mudah merekacipta cerita dan berita tentang seseorang atau apa-apa saja tanpa asas yang betul. Manusia suka mendengar berita palsu dan mempercayainya. Manusia suka bercakap bohong asalkan matlamatnya tercapai. Manusia tidak mempercayai cakap alim ulamak bahkan mereka lebih berminat mempercayai cakap orang jahil yang tidak ada ilmu agama. Orang jahil bercakap tentang ilmu agama serta mengeluarkan fatwa dan pendapat tentang ilmu agama. Pandangan si jahil diterimapakai. Orang jahil mempersoalkan pandangan alim ulamak bahkan memperkecil-kecilkannya.INILAH TANDA DUNIA AKAN HANCUR.

Thursday, April 29, 2010

Belajarlah Bahasa Arab

Mempelajari bahasa Arab adalah satu kewajipan ke atas umat Islam.Ini kerana untuk memahami Al Quran kita mesti tahu bahasa Arab, untuk solat yang khusyuk juga kita perlu memahami bacaan dalam solat.Bacaan dalam solat semuanya dalam bahasa Arab.Maka kita mesti tahu bahasa Arab...jika ada kelapangan layarilah blog Panitia Bahasa Arab SMKBd untuk berjinak2 dengan bahasa Arab.

Sunday, April 18, 2010

Kesan Peninggalan Tok Seridik

Ini madrasah (balaisah) peninggalan Tuan Guru Tok Seridik yang telah dihidupkan oleh anakndanya Tn Hj Mohamad (Pak Ngah Hj Mad).Ianya telah diperbaiki dari semasa ke semasa.Sebenarnya Tn Hj Mohamad telah pun meninggal dunia pada 9.4.08. Sekarang ini surau/balaisah ini sudah tidak diimarahkan lagi setelah masjid yang baru dibina bagi menggantikan surau ini dan ianya dipindahkan ke tapak baru yang berhampiran dengan jalan raya.Maka madrasah lama hanya menjadi bahan sejarah.Namun balaisah ini telah banyak memberi sumbangan kepada penduduk setempat...dulu ia menjadi tempat anak-anak penduduk setempat belajar al Quran...




Telaga yang menjadi sumber air para penuntut ilmu di pusat pengajian pondok Tok Seridik masih ada dan boleh digunakan sampai ke hari ini...












Inilah Masjid baru yang dinamakan Masjid Tok Seridik yang menggantikan balaisah lama. Ia telah dijaga dan diimarahkan oleh anak cucu Tok Seridik dan para penduduk setempat.Walaupun pondok-pondok kecil tempat menginap para penuntut pondok sudah tiada lagi tetapi sebenarnya di sinilah wujud lebih 300 buah pondok yang tumbuh bagai cendawan memenuhi kawasan ini, ia didiami oleh para penuntut ilmu yang dahagakan ilmu pengetahuan agama dan menjadi murid setia kepada Tuan Guru Tok Seridik, mereka datang dari seluruh pelusuk tanahair...





Rumah Tuan Hj Mohamad Hj Saman anaknda kepada Tuan Guru Tok Seridik berada bersebelahan dengan balaisah lama.Di sinilah beliau telah melahirkan ramai muridnya yang telah khatam al Quran dari satu generasi ke satu generasi dan sampai ke hari ini amalan tersebut masih diteruskan oleh Pn Hjh Zaidah isteri kepada Tn Hj Mohamad.

Sunday, March 28, 2010

Bilakah kita dianggap cerdik?

Apabila kita tersepit.Atau dalam kesempitan.Atau dalam kesusahan.Boleh atau tidak kita menyelesaikannya.Ketika itu kita perlu kepada satu keputusan yang tepat dan betul.Jika tepat keputusan kita maka kita dianggap cerdik/bijak.

Sunday, March 21, 2010

Sifat Hasad Dengki

Nabi SAW berpesan berhati-hati dan awaslah terhadap sifat hasad dengki, kerana hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang kita lakukan sebagaimana api memakan kayu api yang kering.Ertinya hasad dengki adalah penghapus pahala kebaikan yang kita lakukan.Maknanya sia-sia saja buat amalan kebaikan kemudian kita berdengki dengan orang lain.Hasad Dengki bermaksud kita menginginkan ni'mat,kebaikan atau kelebihan yang ada pada orang lain itu hilang atau terhapus dari tuannya dengan apa cara sekalipun yang bertentangan dengan syarak.

ثلاثة لا يعرفون إلا في ثلاثة

Tiga golongan yang tidak boleh dikenali melainkan dalam tiga keadaan :
Pertama : Sahabat sejati, ia tidak boleh dikenali melainkan ketika kita memerlukannya...bersama kita atau tidak, maksudnya menolong kita atau meninggalkan kita...
Kedua : Penyabar/pemaaf, ia juga tidak boleh dikenali melainkan ketika kemarahan...ia marah atau ia sabar, yakni dapat mengawal diri dari marah.
Ketiga : Orang yang berani, ia tidak boleh dikenali melainkan ketika dalam peperangan...ia lari atau tetap berada di medan...

Saturday, March 13, 2010

Jangan Menzalimi...

Islam melarang keras kita berbuat kezaliman samada kepada manusia, binatang ataupun tumbuhan apatah lagi kepada diri sendiri.Zalim adalah perkataan Arab yang bermaksud aniaya, kejam, tidak adil, tidak berperikemanusiaan.Orang yang dizalimi doanya mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.Seorang perempuan masuk neraka kerana menzalimi seekor kucing.Lawan bagi zalim ialah adil...

Saturday, February 27, 2010

Isu-Isu Pengubatan Islam Menurut Fatwa Para Ulama (Bahagian 1)

Isu-Isu Pengubatan Islam Menurut Fatwa Para Ulama (Bahagian 1)
Tanggal: Tuesday, 01 January 2008
Topik:

Isu-Isu Pengubatan Islam Menurut Fatwa Para Ulama (Bahagian 1)
(Susunan: Dr. Rushdi Ramli)

TAJUK : Lapan Fatwa Penting Shaykh al-Islam Imam Ahmad Ibn Taymiyyah Mengenai Rawatan Penyakit Akibat Gangguan Makhluk Halus Jin Dan Syaitan

Keupayaan makhluk halus jin dan syaitan untuk menimpakan kesakitan dan penderitaan tertentu terhadap jasad manusia merupakan satu fakta yang dinyatakan secara jelas di dalam kitab al-Quran. Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas di dalam kisah Nabi Ayub as. Di dalam menceritakan penderitaannya, al-Quran menjelaskan;


[maksudnya] “Dan ketika Nabi Ayub berdoa kepada Tuhannya : Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku telah ditimpakan oleh Syaitan dengan kesusahan dan azab siksa..” [Surah Sad, ayat 41]

Menurut sebahagian ahli Tafsir, yang dimaksudkan dengan nusb wa `azab ialah kesakitan yang teramat sangat yang berlaku pada badan dan jasad Nabi Ayub(1) Menurut Muhammad ibn Umar al-Jawi di dalam kitab tafsirnya, lafaz nusb merujuk kepada kesakitan fizikal yang berlaku pada badannya manakala azab merujuk kepada bisikan-bisikan jahat yang dicampakkan Syaitan ke dalam hatinya. Menurut sebahagian ulama lagi, nusb merujuk kepada kesakitan yang menimpa badan Nabi Ayub manakala azab merujuk kepada bala bencana yang menimpa harta dan anaknya (2).

Di dalam membincangkan persoalan merawat sakit akibat gangguan dan rasukan makhluk jin dan syaitan, ulama Islam tersohor Imam Ahmad ibn Taymiyyah telah mengemukakan lapan fatwa penting yang perlu difahami oleh umat Islam, khususnya oleh para pengamal pengubatan Islam iaitu :


[1] menolong seseorang yang teranaiya akibat rasukan jin dan syaitan adalah sesuatu yang disyariatkan oleh Allah sekalipun mungkin proses rawatan yang dilakukan itu akan menyebabkan kematian sekelompok jin.

Imam Ibn Taymiyyah menyatakan, “…..adalah harus, bahkan sunat, dan boleh jadi juga wajib, untuk mempertahankan serta menolong seseorang yang telah dizalimi [oleh makhluk jin dan syaitan yang merasuknya]. Tetapi orang tersebut hendaklah dibantu [dirawat] dengan “cara yang adil”, iaitu berdasarkan apa yang diperintahkan Allah dan RasulNya, seperti membacakan doa-doa dan zikir-zikir yang disyariatkan di dalam Islam [kepada diri pesakit], atau seperti menyuruh jin yang merasuk badan pesakit tersebut [agar segera meninggalkan badan pesakit]…….Maka apabila para pesakit tersebut telah sembuh dan pulih melalui doa, bacaan-bacaan zikir dan pelbagai arahan-arahan dan kecaman keras yang dtujukan kepada jin perasuk tersebut maka telah berhasillah tujuan yang dicari [iaitu kesembuhan diri pesakit]; dan rawatan seumpama ini adalah harus dan dibolehkan sekali pun mungkin akan menyebabkan kesakitan dan penderitaan sekelompok jin atau mungkin juga kematian mereka……. Maka menolak dan menghindarkan apa-apa kezaliman dan pencerobohan yang dilakukan oleh seseorang itu, samada dia [penceroboh tersebut] seorang Muslim ataupun kafir, adalah wajib sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud,

“Barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah syahid, dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah syahid dan barangsiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah syahid” [hadis riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi].

Maka sekiranya harus bagi seseorang Muslim yang dizalimi itu untuk mempertahankan hartanya walaupun mungkin terpaksa membunuh pencerobohnya maka sudah semestinya harus [menurut hukum syarak] bagi seseorang Muslim itu untuk mempertahankan akalnya, badannya dan kehormatannya [dari pencerobohan makhluk jin dan syaitan]. Maka sesungguhnya syaitan dan jin berupaya untuk merosakkan akal manusia, menyakiti jasadnya dan mungkin juga melakukan perlakuan-perlakuan sumbang terhadap mangsanya [orang yang dirasuk], maka sekiranya perlakuan-perlakuan jahat seperti ini dilakukan sesama manusia di mana adalah harus untuk membunuh pihak yang menceroboh maka begitulah juga adalah harus, sekiranya terpaksa, untuk membunuh pihak jin yang menceroboh”

[2] melakukan rawatan terhadap pesakit akibat gangguan jin adalah fardu kifayah menurut Islam dengan syarat orang tersebut memiliki keupayaan dan persediaan diri untuk melakukannya.

Imam Ibn Taymiyyah menyatakan, “…..adapun sikap membiarkan seseorang Muslim itu terus dirasuk, diganggu dan dizalimi oleh makhluk jin [tidak menolongnya] maka sikap seperti ini adalah sama seperti sikap kita yang tidak mahu menolong umat Islam yang teranaiya dan dizalimi. Malah memberi bantuan dan rawatan dalam kes-kes seperti ini adalah fardu kifayah, iaitu bagi sesiapa yang berupaya untuk melakukannya. Adapun sekiranya seseorang itu tidak berupaya untuk melakukannya [untuk merawat orang-orang Islam yang diganggu jin] atau tidak melakukannya ekoran daripada kesibukan dirinya dengan perkara-perkara lain yang lebih wajib dan lebih utama pada hak dirinya, atau tidak melakukannya kerana telah ada orang lain yang melakukannya maka kewajipan ini [kewajipan membantu orang yang dirasuk] menjadi tidak wajib pada haknya sekalipun mungkin dia berupaya…”

[3] melakukan rawatan terhadap pesakit akibat rasukan jin dan syaitan adalah di antara seafdal-afdal amalan di dalam Islam kerana ianya adalah daripada amalan para Anbiya’ dan para Salihin. Imam Ibn Taymiyyah menyatakan, “…maka amalan ini, bukan sahaja disyariatkan di dalam Islam, malah ianya adalah di antara seutama-utama amalan kerana ianya adalah amalan para Nabi, para Rasul dan orang-orang salih, maka sesungguhnya sentiasalah para Nabi dan para Salihin menghalau dan menghindarkan makhluk jin dan syaitan dari [merasuk dan mengganggu] anak-anak Adam dengan cara yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, sebagaimana Nabi Isa al-Masih melakukannya dan sebagai mana Nabi kita Muhammad saw melakukannya…”

[4] melakukan rawatan terhadap pesakit akibat rasukan jin dengan menggunakan tangkal [al-`aza’im] atau pun jampi-jampi yang tidak diketahui maknanya adalah tidak harus menurut syarak dan wajib dijauhi.

[5] melakukan rawatan yang melibatkan unsur-unsur syirik dan kekufuran [seperti berdoa kepada jin] adalah haram dan tidak dibenarkan di dalam semua keadaan.

[6] barangsiapa yang merawat orang-orang yang dirasuk dengan menggunakan kaedah dan pendekatan yang disyariatkan Allah maka jin pasti tidak akan menyakitinya

Beliau menyatakan, “…..maka sesiapa yang merawati pesakit dengan kaedah yang disyariatkan Allah maka jin tidak akan menyakiti orang tersebut, samada kerana mereka [jin] mengetahui bahawa perawat tersebut bersifat adil atau tidak kerana mereka tidak berupaya untuk menyakiti orang tersebut kerana kekuatan rohaninya.

[7] dalam proses merawat pesakit yang dirasuk, adalah harus, menurut hukum syarak, untuk memukul tempat-tempat tertentu pada badan pesakit dengan tujuan untuk menyingkir jin yang berada di dalam badannya.

[8] tidak harus membawa dan memakai azimat [al-tama’im] dengan tujuan untuk memelihara diri dari gangguan jin atau sebagai suatu kaedah rawatan dari gangguan jin.

Nota kaki:

(1) Muhammad Ali al-Sabuni, Safwah al-Tafasir, juzuk 3, muka 44.

(2) Amir Abdul Aziz, al-Tafsir al-Syamil li al-Quran, juzuk 5, muka 2882.

Dipetik dari : Darussyifa' Online

Wednesday, February 24, 2010

Ujian Allah Taala

Ujian dalam bahasa Arab disebut ikhtibar/imtihan.Ujian Allah SWT ada 2 bentuk : berbentuk kesenangan dan berbentuk kesusahan.Bentuk kesenangan seperti sihat tubuh badan, banyak harta dan seumpamanya.Manakala bentuk kesusahan seperti sakit, demam, tiada harta dan seumpamanya.Biasanya orang menganggap orang yang sakit/susah saja diuji manakala orang yang sihat dan senang seolah-olah tidak diuji.Tanggapan itu adalah salah.Sebenarnya kedua-duanya ada penilaian di sisi Allah SWT dan ganjaran yang setimpal akan diberikan oleh Allah SWT.Anda senang maka anda hendaklah taat, syukur dan ingat Allah banyak-banyak, jika anda susah maka anda hendaklah sabar dan redha dengan ketentuan Allah SWT. Insya Allah anda akan berjaya dalam ujian hidup ini....

Monday, February 22, 2010

Mengapa orang suka merokok???

Kawan saya tanya : apa kelebihan merokok?Saya jawab tidak ada apa-apa kelebihan.Kawan saya beritahu bahawa merokok ada kelebihannya iaitu habuk rokok dan putingnya.2 benda tu je yang lebih.
Mengapa orang suka merokok walaupun terdapat banyak iklan yang memberi peringatan tentang bahayanya merokok???Tambahan pula ulama' sudah keluarkan fatwa bahawa merokok bukan lagi makruh tapi haram, orang merokok juga...

Saya simpulkan bahawa orang suka merokok sebab dalam dirinya ada 5D :

Dhaif
Dangkal
Dungu
Degil
Dolak Dalih

اهلا وسهلا

Related Posts with Thumbnails

Majlis Tahnik dan bercukur Ahmad Nu'man Basyir

Album Keluarga

Ziarah Terengganu Dis/2009

Foto Keluarga 2010